Pages

Thursday, April 12, 2012

Adakah kita sedar???

Assalamualaikum...hari ini aku nak kongsi sikit maklumat yang aku dapat...pernah tak terfikir apa yang kita buat selama ini, aktiviti harian, betul ke tak? boleh ke tak memberi kesan kepada kehidupan kita? kesihatan kita ke?
Bagi aku, hanya 20% bilangan manusia je yang ambil berat...yang lain mungkin tak pernah fikir dan malas ambil  tahu dan aku mengaku...aku adalah salah seorang diantaranya...
Di sini aku nak berkongsi beberapa amalan yang boleh merosakkan otak..

1. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak kita menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen...amalan ini boleh mengakibatkan kerosakan kepada otak kita..mungkin juga boleh akibatkan kita mudah mengantuk dan susah nak menerima ilmu pelajaran. 

*Biarkan muka kita bernafas ketika tidur*

2. Jarang berfikir dan kurang berimaginasi

Apabila kita jarang berfikir, otak kita akan berada dalam keadaan yang pasif..kita akan lamabt berfikir dan mungkin bila dalam kedaan genting, kita lambat buat keputusan..kan dah bahaya tu!
Kurang berimaginasi akan mengakibatkan tahap kecerdasan otak kita menurun...oleh itu, mari berfikir dan berimaginasi! *jangan berangan sudah*

3. Tidak mengambil sarapan pagi

Kebanyakan orang selalu buat benda ini dan menjadikan dia 1 amalan wajib setiap hari...aku pon! biasalah, alasan banyak..belajar..kelas pagi..tak sempat nak buat air...dan bancuh milo..tak lalu nak makan pagi lah...macam-macam ada! Sebenarnya, bukan susah pon nak buat sarapan dan menikmati sarapan..dekat mana2 pon boleh..aslkan duduk.. :)

*dalam sampan pon kita boleh sarapan*



Lepas dengar fakta ini, mesti korang akan fikir banyak kali kesannya..kalau kita tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah..dan ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan sekaligus menjadikan otak dan diri kita pasif..Nanti, kualiti kerja kita pon akan merudum..tak pasal2 kena marah dengan bos..bagi pelajar macam aku, mesti susah nak fokus dalam kelas..perut dah mcam radio...macam3 bunyi keluar..betul tak??

*menu ringkas untuk sarapan pagi-SEDAP!*

Oleh itu, jom kita cuba jauhi 3 amaln yang aku kongsi tadi..mungkin dengan itu, kita akan menjada individu yang lebih berkualiti dalam kehidupan seharian...otak kita pon akan lebih berkualiti dan cerdas..InsyaALLAH.. :D

CERIA SELALU!!!


No comments:

Post a Comment