Pages

Thursday, September 5, 2013

kawan-kawan, bowling dan kek pisang :)

Assalamualaikum. 
hari ni entri baru; resepi dan kawan-kawan. 
Alhamdulillah, hari ni rasa seronok. keluar lagi dengan kawan-kawan. main bowling. walaupon tak semua dapat datang. kurang sikit la keseronokan tu yang memang dah seronok. hehe. 
kami main dekat space U8, Bukit Jelutong, dalam pukul 6 macam tu. dalam pukul 8 macam tu kami balik. baik kan?  haha. 
kami buat 2 kumpulan, kumpuan terer dan tak terer. untuk kumpulan terer ada nana, tengku n zakwan. untuk kumpulan tak terer pulak, ada aku, nik dan nurul. syahmir jadi 'pengadil'. seronok, gelak je. sebab masuk longkang. 
sambil tu, aku bawa kek pisang, baru buat petang tadi. nasib baik sempat masak. Alhamdulillah, depa kata sedap:) ini gambar-gambar tadi. tapi, tak banyak  :
terer vs tak terer. markah tetap sama. haha
kami :)
dengan zakwan, syahmir dan tengku. fesyen apa la ni -.- haha

dengan gadis-gadis. senyum!  :)

kek pisang. buat untuk kawan2

Ini resepi mrs kyrul. amik dari blog dia- .http://sedetikilham.blogspot.com/2012/03/akhirnya-jumpa-gak-resepi-kek-pisang.html
mudah je. boleh cuba! :)


Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla


Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.

ok, rasanya setakat ini je. letih tak habis lagi. selamat malam :)

Thursday, August 22, 2013

tipu untuk perut~

Assalamualaikum. tajuk entri kali ni memang ala-ala orang putih, in English. 
tapi isi nya dalam bahasa Melayu ja. hehe. mengikut tajuk tu, memang hari ni 
aku menipu. aku tipu diri sendiri. hilang janji-janji manis. konon, nak jaga
pemakanan tapi hari ni aku kalah. 
konon nak makan makanan yang sihat, boleh turun berat badan. 
apa boleh buat kan :)
bukan apa, bila dok diet and bersenam (ikut Jillian) berhari-hari, hari ni rasa lapar sangat. 
rasa mengidam itu ini. semalam buat ikan kukus. hari ni teringin nak buat mashed potato. 
so, aku mula cari resepi. tengok sepintas lalu. konon pro. bila memasak, aku hentam ja. 

ikut logik. campak-campak je. yang syok nya, kuah black pepper tu asli dari 

lada hitam. bukan guna yang sedia ada 

tadaaa! ini lah hasil dia :)

 *kalau ada yang nak resepi, bagitau.comment ye. resepi aku mudah je



mashed potato. cubaan pertama
lepas tu, mengidam lagi nak makan roti telur. so, ini la dia 


tak ada sos cilii






ada sos cili















Jadi, makan petang aku lengkap. mashed potato, roti telur dan milo panas. kenyang :D



Saturday, May 4, 2013

ROMPERS : BAJU BAYI

Assalamualaikum.dah lama rasanya tak update blog. tak sempat. sana-sini. tapi kadang-kadang malas pon ada. :)

okay, tak nak cerita panjang. hari ini saya nak promote sikit bisnes terbaru saya dan mak. baju bayi-Rompers (jenama Carter) khas untuk bayi berumur 3, 6,9 dan 12 bulan. Jenis kain yang digunakan adalah cotton, kain yang selesa untuk dipakai. tidak panas. ada macam-macam warna dan corak!  Jom Tengok!

untuk sebarang pertanyaan dan pembelian, boleh call / sms  :  013-4581029 (laily) / 013-3478335 (yati)

facebook : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10201192085227255.1073741827.1324293109&type=1


https://www.facebook.com/pages/Lys-Collections/264511943662196?fref=ts (Ly's Collection page)
                                                                           

ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 9 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE

ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 9 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE
 

ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 3 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE

ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 12 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE
 


ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 12 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE


ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 12 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE


ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 6 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE


ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 9 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE


ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 12 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE

ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 3 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE

ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 6 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE


ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 9 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE


ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 6 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE


ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 6 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE

ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 6 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE


ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 3 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE

ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 3 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE
 


ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 9 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE


ROMPERS- UNTUK BAYI BERUMUR 12 BULAN
RM 15.00
1 PCS AVAILABLE

Friday, January 25, 2013

Makaroni Sup Campak-campak :)



Konon kan, nak jaga makan. so, aku buat makaroni sup hentam aje la namanya.

Ini lah resepi nya. Siapa nak cuba, boleh cuba :)

1. Bawang merah, bawang putih, cili padi, lada hitam (ikut suka berapa banyak)} campurkan semua bahan   dan kisar. 

2. Makaroni yang direbus

3. Telur

4. Bahan perasa : garam dan kiub pati ayam

Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Kemudian, masukkan air. Setelah mendidih, masukkan telur dan kacau rata. Kemudian, masukkan makaroni dan biarkan seketika. Selepas itu, tutup api dan sedia untuk dihidang dan dimakan. 

Selamat Mencuba :)

*mari terus kan berdiet* 

Hari pertama !

Assalamualaikum. :)

 Hari ni ada lah hari pertama diet aku. Aku mulakan dengan sarapan, 6 biji cucur labu dan air masak (air 

putih). Lepas tu, aku mulakan senaman. aku ikut video dari Jillian ni.


pheww! memang letih. baru 10 minit buat, peluh dah menitik-nitik. tempoh masa yang sepatutnya, 45 minit. 

tapi, aku mampu sampai 30 minit je. itu pon ada berhenti jugak. dengan si popo terkam kaki. letih.

 I am beginner kan! :)

 takpe, petang ni sambung lagi. Bagi sesiapa yang nak buat, boleh klik link di atas :) 


SELAMAT MENCUBA!

*perut dah berbunyi*

Mengancam! 

Thursday, January 24, 2013

Ini lah permulaannya- DIET ku bermula :)

           Assalamualaikum..hye! dah lama aku tak update blog kan. malas sebenarnya. tak tahu apa nak tulis dan macam mana nak bagi ayat jadi 'catchy and best!'. Tapi, lepas dapat 'petunjuk' tadi, aku rasa aku perlu kembali aktif dalam ber blog ni. sementara cuti sem yang panjang ni, baik aku isi masa.. Dan paling penting, untuk jadikan blog aku sebagai DIARI DIET LAILY. Yang mana aku akan cuba update setiap hari (semoga rajin), aktiviti-aktiviti aku, pemakanan aku dan lain-lain yang berkaitan diet. Mungkin ada yang boleh tegur atau kongsi apa saja berkaitan diet yang betul dan sihat :)


    Sebelum tu, meh aku cerita sikit antara sebab-sebab kenapa tiba-tiba aku rasa aku perlu diet atau paling tepat lagi KURUSKAN BADAN. Antaranya : 

1. Baju yang aku baru beli. bukan tak muat, cuma lagi selesa kalau dapat pakai lagi longgar 
   (ceh, ayat cover). Kiranya, aku akan kuruskan badan sampai aku dapat pakai baju ni dengan selesa :)


Akan ku sarung kau satu hari nanti! 



2. Orang selalu 'salah teka' aku sebagai anak sulung. dan kakak aku yang sulung sebagai adik. siapa tahan       kan? pergi kenduri je, mesti ayat wajib tu akan dengar. malam tu, mesti mimpi ngeri  >.<

3. Teringin nak nampak macam umur 22 atau kurang daripada tu

4. NAK SIHAT! :D

Jadi, aku nak guna kan masa cuti sem ni sebaik-baiknya untuk menjalan kan misi aku. Mungkin kurangkan 10 KG. Aku fikir nak buat aerobik dan kawal pemakanan aku. jogging setiap hujung minggu. dan merajinkan diri minum air masak banyak! (ini paling aku liat). 

Ayuh kita bekerjasama dengan baik!




Kepada sesiapa yang nak bagi cadangan atau berkongsi kisah kejayaan korang, amat lah digalakkan! 
feel free to share :D