Pages

Thursday, September 5, 2013

kawan-kawan, bowling dan kek pisang :)

Assalamualaikum. 
hari ni entri baru; resepi dan kawan-kawan. 
Alhamdulillah, hari ni rasa seronok. keluar lagi dengan kawan-kawan. main bowling. walaupon tak semua dapat datang. kurang sikit la keseronokan tu yang memang dah seronok. hehe. 
kami main dekat space U8, Bukit Jelutong, dalam pukul 6 macam tu. dalam pukul 8 macam tu kami balik. baik kan?  haha. 
kami buat 2 kumpulan, kumpuan terer dan tak terer. untuk kumpulan terer ada nana, tengku n zakwan. untuk kumpulan tak terer pulak, ada aku, nik dan nurul. syahmir jadi 'pengadil'. seronok, gelak je. sebab masuk longkang. 
sambil tu, aku bawa kek pisang, baru buat petang tadi. nasib baik sempat masak. Alhamdulillah, depa kata sedap:) ini gambar-gambar tadi. tapi, tak banyak  :
terer vs tak terer. markah tetap sama. haha
kami :)
dengan zakwan, syahmir dan tengku. fesyen apa la ni -.- haha

dengan gadis-gadis. senyum!  :)

kek pisang. buat untuk kawan2

Ini resepi mrs kyrul. amik dari blog dia- .http://sedetikilham.blogspot.com/2012/03/akhirnya-jumpa-gak-resepi-kek-pisang.html
mudah je. boleh cuba! :)


Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla


Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.

ok, rasanya setakat ini je. letih tak habis lagi. selamat malam :)

2 comments:

  1. mamakepadanureensyahrilneesaSeptember 5, 2013 at 11:34 PM

    ada masa kita pegi main bowling @spaceu8 ok..ijun guide cwani,tak penah main... :)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole cik wani. ijon pon bukan terer. tapi bole la kalau nak tolong tunjuk :)

      Delete