Pages

Thursday, January 24, 2013

Ini lah permulaannya- DIET ku bermula :)

           Assalamualaikum..hye! dah lama aku tak update blog kan. malas sebenarnya. tak tahu apa nak tulis dan macam mana nak bagi ayat jadi 'catchy and best!'. Tapi, lepas dapat 'petunjuk' tadi, aku rasa aku perlu kembali aktif dalam ber blog ni. sementara cuti sem yang panjang ni, baik aku isi masa.. Dan paling penting, untuk jadikan blog aku sebagai DIARI DIET LAILY. Yang mana aku akan cuba update setiap hari (semoga rajin), aktiviti-aktiviti aku, pemakanan aku dan lain-lain yang berkaitan diet. Mungkin ada yang boleh tegur atau kongsi apa saja berkaitan diet yang betul dan sihat :)


    Sebelum tu, meh aku cerita sikit antara sebab-sebab kenapa tiba-tiba aku rasa aku perlu diet atau paling tepat lagi KURUSKAN BADAN. Antaranya : 

1. Baju yang aku baru beli. bukan tak muat, cuma lagi selesa kalau dapat pakai lagi longgar 
   (ceh, ayat cover). Kiranya, aku akan kuruskan badan sampai aku dapat pakai baju ni dengan selesa :)


Akan ku sarung kau satu hari nanti! 



2. Orang selalu 'salah teka' aku sebagai anak sulung. dan kakak aku yang sulung sebagai adik. siapa tahan       kan? pergi kenduri je, mesti ayat wajib tu akan dengar. malam tu, mesti mimpi ngeri  >.<

3. Teringin nak nampak macam umur 22 atau kurang daripada tu

4. NAK SIHAT! :D

Jadi, aku nak guna kan masa cuti sem ni sebaik-baiknya untuk menjalan kan misi aku. Mungkin kurangkan 10 KG. Aku fikir nak buat aerobik dan kawal pemakanan aku. jogging setiap hujung minggu. dan merajinkan diri minum air masak banyak! (ini paling aku liat). 

Ayuh kita bekerjasama dengan baik!




Kepada sesiapa yang nak bagi cadangan atau berkongsi kisah kejayaan korang, amat lah digalakkan! 
feel free to share :D

4 comments:

  1. nak kurus senang jer ijun..yg penting kuatkan semangat n tekad...buat bersungguh2..nanti tak boleh la cik wani hantar makanan slalu..:)

    ReplyDelete
  2. kurus2 jgk tp bik nak pesan diet dgn amalan yang boleh menyihatkan badan jgk...sebenarnya boleh je,tp kena kuat menghadapi godaan le...insyaAllah you can do it babe!

    ReplyDelete
  3. cik wani: ok.InsyaALLAH. tengah cuba.harap2 jadi la..hehe.makanan takpe, boleh hantar selalu.haha

    ReplyDelete
  4. nabilah: ye bik. aku tahu tu.doakan la aku. semoga jadi.hehe.tak sabar

    ReplyDelete